Bau pare lek punie.. Lek turide te bau pace.. Bareng2 irup lek dunie.. Nunas rede jok sak kuase..

Solat DAIm

Solat DAIm

"Solat DAIm."
"Ada beberapa sahabat dan murid penggemar aliran kerohanian dan hakikat makrifat bertanya tentang fatwa ustaz yang dalam solat Daim ini yang menyatakan sesatnya fahaman atau peramalan solat daim yang dikatakan tiada dalam islam-akibatnya timbul kontravasi dan waswas dikalangan penuntut aliran kerohanian.
_____________________________________
Bismillahi rahmani rahim.Allahumma salli ala sayyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wasahbihi wasallim. Disini saya mau tegaskn sedikit Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Hendaklah kamu menjaga solat-solat-solatmu dan solat wustha(yang di tengah)"(Al-Quran).
yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah(syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg zahir..seperti berdiri,lidah membaca,ruku',sujud,duduk,mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan tertentu..oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat'(beberapa solat). Akan tetapi dalam ilmu thoriqat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan selamanya
_____________________________________
sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran"Solatul Wustha"iaitu solat hati,kerana hati berada di tengah badan;antara kanan dan kiri,antara atas dan bawah,antara bahagia dan celaka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya".
_____________________________________
Dari ayat dan hadits tersebut di atas dapat diketahui solat yang pokok ialah solat hati.Bila solat hati dilupakan maka rusaklah solatnya.Apabila rusak solatnya hati maka rusak pulalah solat seluruh badan.Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadhirnya hati".
_____________________________________
Solat pada Syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu di dalam sehari semalam sebanyak lima kali yg di fardhukan dan sunat dilakukan di mesjid dengan berjemaah. Sama-sama menghadap ke arah kaabah dan mengikuti imam, tampa riyak dan sum'ah.
_____________________________________
Solat thoriqat dan hakikat atau kerohanian tasawwuf dilakukan selamanya (daim) selamanya tanpa batas waktu selama hidup didunia dan di akhirat nanti.Mesjidnya ialah hati.Berjumaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.Imamnya ialah rada rindu di dalam hati untuk sampai(wusul)kepada Allah.
Kiblatnya ialah Hadhirat Allah Yang Maha Tunggal dan keindahan ketuhanan.Itulah qiblat yang hakiki.Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat ini.....Adakah sesat ini?.
_____________________________________
Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia selalu punya kegiatan disaat tidur mahu pun jaga.Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara,berdiri dan duduk,ia selalu berhadapan dengan Allah dan senentiasa siaga dengan ucapan"KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon pertolongan"dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan Nabi s.a.w...maka sesatkah ini..?
_____________________________________
Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin"mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah,yang telah berpindah dari keadaan ghaib(memandang Allah secara ghaib)beralih kepada Hadrat Ahdiyat(Selalu merasa bersama Allah) sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w."Para Nabi dan para wali senentiasa salat(Daim) walau telah berpindah alam(wafat),seperti halnya mereka salat di rumahnya"yakni mereka selalu bermunajat dengan Allah kerana hatinya sudah hidup...adakah sesat ini...?
_____________________________________
Bagi gulongan thoriqat,hakikat dan keruhanian seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai bergantung kpd solat lima waktu saja..sedang ada antara sufi sejati menyatakan'lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diri ku kufur'..oleh itu seseorang henklah tahu 'solat daim'(dengan bergiru)iaitu solat yang sangat agong dalam nisbah hubongan seorang insan dengan Rabbnya....adakah ini sesat?
_____________________________________
Orang 'Arifinbillah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: jasad ialah Nafas ialah Hati ialah Rahsia (Sirr) ialah nyawa....contoh:Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat. Solat Nafas ialah"Keluar dan masuk dalamnya..syurga yang mulia. Solat Qalbi (hati) ialah putus daripada nakhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitukah dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim)...sesatkah ilmu ini?
_____________________________________
NASEHAT SAYA"
Fikirkan dan ambil i'tibar daripada sabda Rasulullah s.a.w. walaupun kita ini belum mengentahui cara(methodologi) solaltu-daim atau solat berkekalan yg di sekilas saja dibicarakan ini.Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengentahuinya kecuali Ulama Billah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"(HR.Tuak Lombok ilahi).
________________
(Tuak Lombok ilahi)


share this article to: Facebook Twitter Google+ Linkedin Technorati Digg
Posted by Unknown, Published at 19:40:00 and have 0 komentar

No comments:

Post a Comment